Tun Mahathir Dijangka Akan Berjumpa Dengan Shafie Apdal Hari Ini

Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 8.25 pagi ini.
0
266

Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 8.25 pagi ini.

Ini adalah hari kedua Perdana Menteri interim memasuki pejabatnya selepas meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara, kelmarin.

Semalam, beliau tiba di pejabatnya pada jam 9.29 pagi dan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin tertinggi daripada pelbagai parti politik.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan petang semalam berkata antara yang hadir ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS); Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Dr Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan bekas Timbalan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan itu turut menyebut, Dr Mahathir dijangka bertemu Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Comments are closed.