WANITA BUNUH SUAMI BERKENAAN PANGGILAN TELEFON TENGAH MALAM

Seorang wanita membunuh suaminya kerana marah lelaki berkenaan menjawab panggilan telefon pada tengah malam.
0
186

NEW DELHI: Seorang wanita membunuh suaminya kerana marah lelaki berkenaan menjawab panggilan telefon pada tengah malam.

Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Bihar pada 27 Oktober lalu, menurut laman web berita antarabangsa.

Lelaki berkenaan, dikenali sebagai Anil Singh, menerima panggilan telefon pada tengah malam ketika pasangan itu dilaporkan sedang tidur.

Selepas berterusan bercakap di telefon, isterinya, Aarti Devi, terbangun.

Apabila mangsa enggan mematikan telefonnya, mereka bertengkar yang kemudian melarat.

Devi dilaporkan menghantukkan kepala suaminya ke kepala katil sebelum mencekik mangsa sehingga mati.

Kejadian itu dilaporkan anak saudara Singh, Raviranjan Kumar dan suspek ditahan.

Selepas melakukan pembunuhan, Devi dilaporkan cuma membuatkan suaminya meninggal dunia tanpa diketahui punca.

Beliau berpura-pura menangis sambil menghubungi Kumar, berkata sesuatu yang buruk berlaku.

Bagaimanapun, Kumar curiga apabila mengesan luka kecil pada leher mangsa seperti kesan kuku.

Apabila ditanya, Devi menangis dan mengaku mencekik Singh.

Leave a reply