WARGA EMAS DITAHAN POLIS, DIDAKWA LAKUKAN JENAYAH ROGOL BAYI BERUSIA SETAHUN

Tidak berhati perut. Itulah yang dapat diungkapkan kepada seorang lelaki berasal dari Cape Town, Afrika Selatan yang telah ditahan polis atas tuduhan merogol bayi berusia satu tahun pada Jumaat lepas.
0
270

Suspek yang berusia 57 tahun telah ditangkap polis bersama seorang lagi suspek. Namun selepas siasatan dijalankan, seorang lagi suspek itu telah dilepaskan polis.

Voice of the Cape Radio melaporkan, ibu mangsa telah menemui darah pada lampin anaknya dan terus membuat laporan polis.

Wanita itu dikatakan meninggalkan anaknya kepada penjaga kerana dia bekerjaya. Namun, dia menyedari terdapat darah ketika mahu menukar lampin anaknya selepas dia pulang dari kerja.

Kejadian itu ternyata membuatkan orang ramai berang dan mereka dilihat telah membanjiri perkarangan rumah penjaga berkenaan selepas berita mengenainya tersebar.

Suspek akan dihadapkan ke mahkamah bagi proses perbicaraan pada Isnin depan atas dakwaan merogol kanak-kanak bawah umur.

Sumber: News24

Leave a reply