Warisan Kecam Kenyataan Jeffrey,Loretto

Warisan mengecam dengan kenyataan Presiden STAR yang menuduh Kerajaan Sabah yang menjadi sebab kedatangan Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke negeri ini.
0
48

KOTA KINABALU: Warisan mengecam dengan kenyataan Presiden STAR yang menuduh Kerajaan Sabah yang menjadi sebab kedatangan Pendatang Tanpa Izin (PTI) ke negeri ini.

Adakah Jeffrey tidak sedar bahawa masalah PTI adalah masalah berlarutan sejak dari dahulu lagi? Jeffrey mempolitikan isu ini sehingga mengatakan bahawa polisi Kerajaan Negeri Sabah yang mesra PTI telah menyebabkan masalah ini berlaku.

Kerajaan Negeri tidak pernah berkompromi dan tidak pernah lepas tangan dengan masalah kemasukan PTI ke Sabah. Apa yang ingin diselesaikan oleh kerajaan adalah golongan PTI yang sudah berada di sini sejak 20, 30 tahun yang lalu dan masalah kanak-kanak yang tidak berwarganegara.

Kenyataan Jeffrey ini hanyalah untuk mengelirukan rakyat seolah-olah warganegara Filipina, Indonesia dan mungkin Rohingya akan bebas masuk ke Sabah disebabkan oleh polisi kerajaan. Jeffrey tidak sedar bahawa sebelum Warisan mengambil alih kerajaan, sudah beribu-ribu PTI di Sabah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan terdahulu termasuklah Jeffrey yang pernah didalam kerajaan PBS semasa pemerintahannya.

Jeffrey dalam hal ini gagal untuk memahami isu sebenar masalah PTI di Sabah. Dengan pengawalan ketat pihak berkuasa di sempadan perairan Sabah, saya yakin tidak semudah dulu sempadan kita boleh dibolosi oleh PTI. Namun masalah utama sekarang adalah PTI yang berada di Negeri ini yang telah beranak pinak kepada anak-anak yang tidak berdokumen. Masalah ini amat serius kerana Negara Filipina sendiri tidak mahu mengiktiraf kanak-kanak tersebut sebagai warganegaranya. Selain daripada itu, ada juga diantara mereka yang memegang dokumen yang kasahihannya mencurigakan. Isu ini yang Jeffrey gagal fikirkan.

Selain itu, tuduhan yang mengatakan bahawa kad pengenalan baru diberikan oleh pemimpin Warisan kepada mangsa-mangsa kebakaran adalah fitnah. Saya cabar Jeffrey mengeluarkan bukti kepada tuduhannya ini. Memandangkan beliau sekarang adalah Timbalan Menteri Persekutuan, adalah mudah baginya untuk bertanya dengan Menteri Dalam Negeri pada masa itu. Kuasa untuk memberikan warganegara adalah terletak pada Putrajaya dan bukan kerajaan Negeri. Sebagai seorang Presiden parti yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Persekutuan, Jeffrey seharusnya tahu perkara ini.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan Jeffrey bahawa tindakan beliau tidak ubah seperti pembangkang yang tidak mempunyai kuasa langsung. Mungkin beliau lupa yang beliau sekarang ini adalah kerajaan persekutuan.

Comments are closed.