Warisan lapor polis poster bersifat tuduhan

Beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) membuat satu laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang menggunakan bahan kempen yang disifatkan memburukkan imej parti itu.
0
283
Beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) membuat satu laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang menggunakan bahan kempen yang disifatkan memburukkan imej parti itu.
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Bongawan, di sini kira-kira pukul 1.35 petang ini.
Setiausaha politik Menteri Pelajaran dan Inovasi, Rapahi Idris berkata, penyokong Warisan berasa tersinggung dengan pemasangan poster yang tertera ayat “Warisan menang PATI senang, anda susah”.
Beliau yang juga Exco Penerangan Pusat Warisan berkata, poster tersebut dikesan setelah menerima aduan daripada orang kampung berhampiran Bulatan Kimanis.
“Saya meminta pihak berkenaan menurunkan poster tersebut.
“Jika tidak, pihak kami akan menolong menurunkan poster tersebut secara berhemah,” katanya dalam laporan itu.
Katanya, satu lagi poster yang memburuk-memburukkan Warisan turut dipasang tertera perkataan “BN dahulukan rakyat, Warisan dahulukan PATI”.
Sementara itu, setakat lapan hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, tiada sebarang insiden buruk yang dilaporkan.
Dalam pada itu, jurucakap Balai Polis Bongawan ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan tersebut.

Comments are closed.