WHO pilih Covid-19 sebagai nama rasmi koronavirus

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan wabak koronavirus sebagai “Covid-19” secara rasminya.
0
309
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan wabak koronavirus sebagai “Covid-19” secara rasminya.
“Kami kini mempunyai nama bagi penyakit itu dan ia adalah Covid-19,” katanya Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva.
Beliau menjelaskan “co” mewakili “korona”, “vi” untuk virus dan “d” bagi penyakit.
AFP memetik Ghebreyesus sebagai berkata, nama itu dipilih bagi mengelakkan rujukan kepada lokasi geografi, haiwan atau mana-mana kumpulan manusia tertentu.
Ini katanya, sejajar cadangan antarabangsa bagi mengelakkan penggunaan nama lain yang tidak tepat dan menimbulkan stigma.
Terdahulu, WHO menamakan virus itu sebagai “penyakit pernafasan akut 2019-nCoV” buat sementara.

Comments are closed.