Wuhan akan saring semula 11 juta penduduknya
Wuhan bercadang melaksanakan saringan koronavirus (Covid-19) ke atas seluruh penduduknya selepas ia merekodkan kes baharu buat kali pertama dalam tempoh seminggu, lapor media China hari ini.

Beijing: Wuhan bercadang melaksanakan saringan koronavirus (Covid-19) ke atas seluruh penduduknya selepas ia merekodkan kes baharu buat kali pertama dalam tempoh seminggu, lapor media China hari ini.
Laporan itu menambah, saringan itu dilaksanakan di setiap daerah membabitkan 11 juta penduduk dalam tempoh 10 hari tanpa menyatakan bila ujian itu mula dilaksanakan.
Bandar Wuhan dibuka semula pada 8 April lalu selepas dikuarantin selama 76 hari.
Ahad dan Isnin lalu, bandar itu merekodkan enam kes baharu Covid-19.